Panduan Perancangan Perhiasan Perkahwinan

panduan_perancangan_perhiasan_perkahwinan

Untuk membuat perhiasan perkahwinan sendiri, ia perlukan masa yang panjang untuk membuatnya. Tetapi anda akan berasa ia adalah bahagian yang paling menyeronokkan, kerana anda akan mendapat pelamin yang anda idam-idamkan. Jadi untuk mendapatkan perhiasan yang anda inginkan, terdapat beberapa panduan perancangan terbaik yang boleh anda ikuti.

Menetapkan warna

Jangan berasa seperti anda perlu memilih warna tema atau warna-warna tertentu kerana anda boleh membuat pilihan dengan warna yang luas. Kebanyakkan hiasan menggunakan warna yang agak neutral, dengan menggunakan dedaun, kayu, atau tekstur linen, tetapi jika anda seorang yang kreatif anda boleh menggunakan sesuatu tema yang baru dan lebih cantik.

Ingat ruang anda

Pastikan bakal tempat perkahwinan anda ada dalam fikiran anda, supaya anda tidak kecewa jika anda sudah menetapkan segala-galanya. Jika anda mempunyai idea yang anda benar-benar inginkan, anda perlulah membuat ukuran atau anggaran yang tepat untuk membuatnya. Dan jika idea-idea anda tidak sesuai dengan tempat anda, maka anda perlulah fleksibelkan dan memikirkan cara lain untuk menyesuaikan idea anda untuk ruang yang sedia ada.

Cari inspirasi anda

Banyak pengantin melihat majlis perkahwinan sebelum ini sebagai tempat untuk mereka memperoleh inspirasi dan sebagai tempat yang baik untuk mereka memulakan idea. Maka, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam ruang anda kerana mungkin majlis perkahwinan anda akan menjadi sumber inspirasi kepada bakal pengantin yang lain.

Mempunyai perspektif

Anda perlulah belajar untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang perlukan anda mengeluarkan kos yang terlalu tinggi kerana tiada siapa yang akan melihat atau perasan benda yang kurang kecuali anda. Anda perlulah senaraikan beberapa perkara yang anda benar-benar mahu tetapi ia besesuaian dengan bajet anda.

Buat perbandingan pembekal

Ini adalah perkara yang penting di mana anda perlu membuat perbandingan antara pembekal, supaya anda tidak menyesal pada masa akan datang. Jika anda tiada masa, terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh anda lakukan seperti melihatnya secara online. Selain itu, anda juga boleh meminta orang lain untuk melihatnya.

Buat ‘moodboard’

Pastikan anda membuat moodboard untuk merancang perhiasan perkahwinan anda kerana ia dapat mengelakkan campuran perkara-perkara yang tidak sesuai. Jika anda mempunyai moodboard, ia dapat membantu untuk menghalusi idea-idea anda. Apabila anda mendapat idea-idea yang baru atau terdapat item-item yang anda ingin membeli, anda boleh merujuk kepada moodboard anda dan lihat jika ia sesuai dengan tema anda.

Cuba untuk DIY

Anda boleh mencuba dengan membuat pelamin DIY kerana anda mungkin mempunyai idea-idea yang hebat dan ingin membuatnya sendiri. Walaupun tidak menjadi kewajipan untuk anda membuat pelamin sendiri, tetapi tidak salah jika anda ingin mengelakkan pembaziran kerana mungkin segala peralatan DIY yang anda beli boleh digunakan semula untuk menghias rumah baru anda.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s