DIY Bunga Kahwin,Perlu ke Tidak? Part 2

diy_bunga_kahwin_perlu_ke_tidak_part_2

DIY bunga kahwin, perlu ke tidak? Mesti anda pernah terfikir untuk DIY bunga kahwin anda sendiri kan? Tidak kira lah anda ingin mengikut trend DIY yang ada pada masa sekarang atau anda ingin jimat dengan kos kahwin anda. Dengan membuat sendiri, ia perlukan usaha yang tinggi dari diri anda, tetapi anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak. Jika anda seorang yang kreatif, dan seorang yang tidak kisah untuk bangun awal pada pagi perkahwinan anda, mungkin DIY adalah sesuai untuk diri anda. Oleh itu, jom kita lihat cara-cara yang boleh membantu anda membuat keputusan.

Jangan buat sahaja

Tanya sesiapa pakar bunga perkahwinan untuk mendapatkan nasihat dan mereka tentu akan memberitahu anda. Pastikan juga anda mempunyai banyak alatan untuk membuat bunga perkahwinan seperti gunting, pita atau dawai. Selain itu, anda juga perlu mencetak beberapa gambar sebagai contoh atau panduan untuk anda.

Jangan biarkan ia menjadi tekanan

Sebab utama kebanyakkan orang tidak DIY bunga perkahwinan mereka adalah kerana ia perlukan kerja yang keras, masa yang banyak dan mungkin akan menjadi tekanan kepada bakal pengantin. Untuk menghias bunga, anda perlulah memulakan ia dengan santai atau tidak terlalu cerewet. Jika anda tahu anda akan panik pada pagi perkahwinan anda, pastikan anda sudah rancang untuk mengajak kawan-kawan anda untuk membuatnya sekali.

Jangan lupa tentang pakaian anda

Anda perlulah sentiasa ingat akan warna atau tema perkahwinan anda. Adalah penting bagi seseorang bakal pengantin mempertimbangkan pilihan warna bunga. Maka, anda perlulah berbincang dengan pakar bunga kerana mereka lebih tahu bunga yang sesuai untuk dipadankan dengan tema perkahwinan bagi menjauhkan warna dari pakaian hari perkahwinan anda.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s