Panduan Memilih Jurugambar Perkahwinan

panduan_memilih_jurugambar_perkahwinan

Setiap pasangan pengantin mesti ingin merakamkan hari bahagia mereka dengan koleksi gambar-gambar yang cantik dan menarik. Memilih jurugambar perkahwinan adalah keputusan yang paling sukar bagi pengantin untuk merancang perkahwinannya, kerana banyak aspek perlu mereka lihat sebelum membuat keputusan muktamad. Maka, jom kita ketahui bagaimana untuk memilih jurugambar perkahwinan yang terbaik.

Sesuai dengan bajet anda

Mungkin untuk mencari jurugambar yang berkemahiran, berbakat, dan cekap datang pada harga yang agak mahal, tetapi anda bukan sahaja membayar mereka untuk masa mereka pada hari perkahwinan anda, tetapi anda membayar mereka pada peralatan, pengalaman dan editing mereka. Selain itu, jurugambar yang profesional kebiasaannya mempunyai disiplin dan prinsipnya sendiri untuk menguruskan gambar-gambar perkahwinan. Jadi ada sebab yang terbaik mengapa mereka adalah mahal, disebabkan itu anda perlulah memperuntukkan bajet anda dengan sebaiknya.

Buat senarai panjang

Banyakkan senarai nama jurugambar kerana ia dapat menyenangkan anda untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan jurugambar yang anda suka. Selain itu, jika anda membuat majlis perkahwinan contohnya di Perak, tetapi jurugambar pilihan anda berada di Johor, maka anda perlu pastikan jurugambar anda sanggup untuk menjadi jurugambar di sana.

Pilih seseorang yang anda boleh bekerjasama

Anda dinasihatkan supaya jangan mengambil mereka jika anda tidak suka personaliti jurugambar anda walaupun mereka mengambil gambar yang paling cantik dan menakjubkan,. Ini kerana, kebanyakkan pasangan tidak sedar bahawa mereka akan menghabiskan banyak masa dengan jurugambar mereka, jadi ia adalah penting untuk mengambil seseorang yang anda selesa. Cuba yang terbaik untuk bertemu, atau sekurang-kurangnya skype dengan mereka sebelum majlis perkahwinan anda supaya anda sudah mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Melihat blog kahwin

Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti fotografi yang anda suka dan mencari seorang jurugambar yang anda suka adalah dengan melihat blog perkahwinan mereka. Dengan melihat banyak majlis perkahwinan sebenar, anda akan mendapat idea yang baik untuk perkahwinan anda. Maka, pastikan anda melihat blog jurugambar anda sebelum anda membuat keputusan muktamad.

Cari seseorang yang kena dengan style anda

Jurugambar mempunyai gaya mereka tersendiri, dan selalunya mereka tidak akan berubah. Maka tidak adil untuk menempah jurugambar dan kemudian anda meminta mereka untuk meniru gambar dari jurugambar lain yang anda lihat di online. Jurugambar adalah profesional kreatif, jadi anda perlu memilih seseorang yang berkebolehan dan dipercayai. Anda perlu percaya seratus peratus dan bukannya anda cuba untuk mengarahkan mereka pada hari perkahwinan anda atau mengharapkan mereka mengubah gaya mereka untuk mengikut citarasa anda.

 

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s