DIY Huruf Kotak

diy_huruf_kotakAnda inginkan kelainan utuk hiasan majlis perkahwinan anda? Anda boleh mencuba DIY huruf kotak. Dengan adanya huruf-huruf kotak, ia akan membuat latar belakang majlis super menyeronokkan, atau penerimaan tetamu yang hebat. Anda boleh mengeja nama anda, nama samaran atau kata-kata manis. Anda dinasihatkan untuk menggunakan kertas krep kerana ia adalah lebih tebal dan lebih fleksibel daripada kertas tisu, jadi ia boleh membantu huruf-huruf kotak lebih kukuh. Selain itu, huruf-huruf kotak ini boleh dibuat berdiri 40″ tinggi dan 32″ kelebaran dengan meletak menegak di atas lantai atau membuat lebih kecil dengan menampalnya ke dinding. Kreativiti terpulang kepada masing-masing.

Barang yang perlu ada:

  • kotak besar.
  • Pembalut hadiah
  • Gam kertas.
  • Pemotong kotak.
  • Tape duct.
  • Pembaris T.
  • Kertas krep.

Cara-caranya:

  1. Gariskan huruf anda dalam setiap kotak secara berasingan, dimana dengan menggunakan satu kotak kepada setiap huruf. Anda juga dinasihatkan untuk mempunyai lebar yang sama.
  2. Potong huruf anda dengan menggunakan pemotong kotak dan anda harus memastikan yang anda memotong diatas permukaan yang betul seperti lantai simen atau membuat kotak tambahan dibawah.
  3. Setelah huruf anda dipotong, seterusnya anda harus mengukur untuk sisi yang akan memberikan bentuk huruf anda seperti 3D. Anda harus mengira berapa banyak sisi yang terdapat pada huruf anda dan pastikan semua kepingan mempunyai panjang dan lebar yang sama.
  4. Sekarang semua kepingan anda sudah dipotong, maka anda harus mencantumkan kepingan itu dengan menggunakan tape duct untuk membentukkan ia kepada huruf.
  5. Kemudian, anda gamkan sisi dan belakang kotak dengan menggunakan kertas krep supaya ia dapat menutup kotak.
  6. Anda boleh menampal pembalut hadiah untuk mencantikkan lagi huruf kotak anda.
Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s