Perkara yang Perlu Dielak Ketika Membeli Baju Pengantin

perkara_yang_perlu_dielak_ketika_membeli_baju_pengantin

Waktu membeli baju pengantin merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin dan seharusnya menjadi memori yang indah untuk bakal pengantin tetapi disebabkan beberapa perkara, ia boleh menyebabkan proses itu menjadi sukar dan menyebabkan tekanan kepada bakal pengantin. Apabila anda merancang untuk keluar mencari baju pengantin, anda perlu ketahui perkara yang perlu dielak ketika membeli baju pengantin supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku agar anda dapat mencipta memori indah semasa membeli baju pengantin.

Jangan tertutup minda

Jika anda tidak pernah mencuba pakaian perkahwinan, anda mungkin tidak tahu pakaian apa yang akan kelihatan terbaik kepada anda. Kebiasaanya, baju perkahwinan adalah berbeza dengan baju kebiasaan anda, maka anda mungkin tidak tahu jenis yang terbaik untuk kecantikkan bentuk badan khusus anda. Maka, anda dinasihati untuk membuka minda anda semasa mencuba pakaian dan mencuba setiap jenis pakaian untuk permulaan. Jika anda sudah mengetahui jenis yang terbaik untuk diri anda, jadi anda boleh memilih pakaian yang anda rasa cantik dan yakin dalam pakaian perkahwinan anda.

Jangan tergesa-gesa

Jangan tergesa-gesa untuk memilih pakaian pengantin anda. Jadikan proses untuk membeli baju pengantin sebagai proses yang menyeronokkan. Ia akan menjadi masalah yang besar kerana anda menghadkan masa yang perlu untuk mencari dan mencuba pakaian. Jika boleh, anda perlu meluangkan masa sehari berbakti untuk membeli-belah baju pengantin.

Jangan membawa terlalu ramai orang

Membawa terlalu ramai orang ke butik pengantin akan memberikan terlalu banyak pendapat yang membolehkan anda keliru dan juga membolehkan keseluruhan proses untuk mencari baju perkahwinan jauh lebih sukar daripada sepatutnya. Contohnya, ibu anda berpendapat “baju itu tidak kelihatan baik untuk anda” dan rakan baik anda pula berpendapat sebaliknya, jadi ia boleh membuatkan anda sukar untuk menentukan pendapat yang perlu anda dengar. Maka, anda dinasihati tidak membawa bersama rombongan yang ramai, anda perlu membuat pilihan sama ada ingin membawa satu atau dua rakan terdekat anda atau ahli keluarga. Kebiasaanya, ibu adalah pilihan yang tebaik daripada beberapa kawan anda. Tetapi jika anda rasa kawan anda pilihan yang terbaik pastikan mereka tahu tentang diri anda. Selain itu, pastikan anda berbincang dengan mereka pakaian yang anda bayangkan sebelum anda pergi ke temujanji untuk memastikan mereka berada dalam skop yang sama seperti anda kerana sekurang-kurangnya mereka boleh menyokong pandangan dan pilihan anda.

Jangan abaikan pendapat

Perunding pengantin anda mungkin perunding pengantin yang telah bekerja dengan banyak pengantin sebelum ini dan kemungkinan besar mereka tahu apa yang mereka cakapkan. Maka, cuba anda sekurang-kurangnya terbuka kepada cadangan yang mereka berikan tentang pakaian. Ingat, perunding pengantin kebiasaanya biasa dengan semua jenis bentuk badan dan saiz, dan gaya baju pengantin. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu membiarkan mereka memilih pakaian impian anda, tetapi sekurang-kurangnya bersikap terbuka kepada candangan mereka.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s