Tips Membeli Pakaian Perkahwinan Untuk Pengantin Bersaiz Besar

tips_membeli_pakaian_perkahwinan_untuk_pengantin_bersaiz_besar

Membeli dan mencuba pakaian perkahwinan merupakan pengalaman yang sangat indah dan menarik untuk bakal pengantin. Tetapi jika anda seorang wanita yang bersaiz besar, ia kadang-kadang akan membuatkan anda rasa mustahil dan susah untuk mendapat perkahwinan yang indah. Walaubagaimanapun, untuk membeli pakaian sempurna ia tidak semestinya menjadi penghalang jika anda seorang yang bersaiz besar. Untuk entri kali ini, kami ingin membantu pengantin yang bersaiz besar dengan mengkongsikan beberapa tips yang boleh anda buat untuk membeli pakaian perkahwinan.

Tidak dibenarkan malu tentang berat anda

Anda mesti pernah mendengar cerita-cerita tentang jurujual yang meminta anda menurunkan berat badan untuk perkahwinan anda, atau yang cuba memalukan badan anda dengan mempertikaikan berat badan anda. Jika seseorang cuba untuk memalukan anda, anda perlu membalas “Itu bukan urusan anda” kepada mereka. Dan anda boleh mencari jurujual yang baru. Anda hanya perlu menjadi diri sendiri dan  yakin pada diri anda.

Membuat panggilan butik terlebih dahulu

Membuat panggilan terlebih dahulu, jangan anda rasa malu dan rasa bersalah untuk memberitahu mereka saiz anda dan bertanya dengan mereka jika mereka akan dapat bekerja dengan anda. Walaupun anda melihat banyak butik menyediakan saiz biasa, tetapi ada sahaja butik yang menyediakan saiz yang besar. Mungkin sahaja butik yang tiada saiz anda tetapi jika anda memaklumkan dengan lebih awal kepada mereka, mereka yakin dan teruja untuk bekerja dengan anda.

‘Have fun’

Anda perlu pergi dengan idea bahawa anda boleh berseronok membeli pakaian perkahwinan. Anda boleh membeli lace yang cantik, berkilau atau apa sahaja yang anda suka, kerana anda membeli untuk PERKAHWINAN anda. Jadi anda berhak untuk mempunyai pengalaman yang sama dengan pengantin wanita yang lain.

Orang jualan adalah sumber anda.

Apabila anda pergi ke butik, sebahagian daripada apa yang anda bayar adalah untuk bayaran kepada kepakaran jurujual anda. Jadi cari seseorang yang teruja dan semangat untuk bekerjasama dengan anda dan mereka yang mempunyai idea yang bernas. Anda boleh meminta cadangan, meminta pendapat, dan tanya soalan kepada jurujual. Anda tahu tentang badan anda, mereka tahu tentang pakaian perkahwinan, jadi ia tidak akan menjadi penghalang untuk anda dan mereka bekerjasama.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s