DIY Terrarium

diy_hiasan_botol_kaca_2

Bagi pasangan pengantin yang sedang mencari idea untuk meghias meja tetamu dan inginkan kelainan daripada hiasan meja biasa, di sini kami ada menyediakan cara-cara untuk membuat hiasan pada meja tetamu agar nampak lebih cantik dan unik. Pengantin boleh membuat sendiri ataupun meminta tolong daripada  adik-beradik dan sanak-saudara untuk membantu anda membuat hiasan tersebut. Cara ini amat mudah dan sangat sesuai bagi pengantin yang inginkan hiasan yang kreatif ataupun lain daripada yang lain. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk melakukannya.

Bahan-bahan :

  • Botol kaca dengan gabus
  • Kertas keras
  • 3 ranting kayu
  • Penutup balang
  • Sekuntum bunga
  • Rumput
  • Tali

Cara-caranya :

  1. Basuh atau lapkan botol kaca dengan menggunakan kain.
  2. Kemudian, masukkan rumput dan juga ranting kayu ke dalam botol kaca.
  3. Letakkan bunga yang anda minat ke dalam botol yang berisi rumput dan ranting kayu.
  4. Selepas itu, tutup mulut botol kaca dengan gabus. Untuk nota ucapan terima kasih,  anda perlu print ataupun tulis ucapan terima kasih di atas sekeping kertas dan tebuk lubang dihujung kertas tersebut.
  5. Seterusnya, masukkan tali di dalam lubang kertas yang ditebuk dan ikat di gabus.
  6. Akhir sekali, letakkan botol kaca di atas penutup balang dan boleh dihiaskan di meja tetamu.
Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s