Panduan Memilih Butik Perkahwinan

panduan_memilih_butik_perkahwinan

Anda mungkin teruja untuk mencari baju perkahwinan anda, maka anda perlu membuat pemerhatian dan penyelidikan untuk menempah atau membeli pakaian anda dengan teliti. Jika anda melakukan dengan cara yang salah, anda mungkin akan membelanjakan lebih dari sepatutnya. Oleh itu, jom ikuti beberapa panduan untuk memilih butik perkahwinan bagi mengelakkan anda tersalah langkah dalam membuat perbelanjaan perkahwinan.

Jarak butik pengantin

Anda perlu mempertimbangkan jarak butik pengantin pilihan anda, ini kerana ia dapat membantu anda mengurangkan kos jika anda perlu berulang kali ke butik pengantin terutamanya jika anda ingin membuat sebarang penukaran atau perubahan untuk baju pengantin. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk cari dan pertimbangkan butik yang berdekatan dahulu sebelum membuat pilihan mencari butik yang jauh.

Tanya pemilik butik sama ada mereka izinkan untuk mengambil gambar baju perkahwinan

Beberapa butik adalah sangat ketat tentang perkara mengambil gambar ketika anda mencuba pakaian pada butik mereka, ini kerana mereka tahu anda mempunyai pilihan lain selain daripada butik mereka. Anda cenderung untuk pergi tempat lain jika anda menyelidik secara meluas untuk mencari baju perkahwinan. Tetapi, anda mempunyai hak untuk memilih baju perkahwinan anda, maka anda perlulah pastikan dengan mengetahui apa peraturan butik pilihan anda dengan lebih awal.

Melakukan penyelidikan dan mengetahui apa diskaun yang ditawarkan

Membuat penyelidikan dengan mengetahui jika mereka mempunyai waktu terhad atau mereka perlukan temujanji. Selain itu, tanya jika mereka mempunyai perkhidmatan pengubahan, kerana ia boleh memudahkan anda sekiranya anda ingin mengubah pakaian perkahwinan tanpa perlu bersusah payah untuk mencari tukang jahit yang lain.

Ketahui saiz baju perkahwinan yang butik sediakan

Banyak butik hanya menyediakan saiz standard, jadi jika anda seorang yang bersaiz kecil atau besar anda seharusnya bertanya terlebih dahulu sebelum membuat temujanji dengan butik pengantin itu. Ini kerana, bagi mengelakkan anda membuang masa.

Membuat penyelidikan mengenai butik pengantin yang anda pertimbangkan

Tanya rakan-rakan anda bagaimana pengalaman mereka atau dimana mereka menempah dan membeli baju perkahwinan mereka. Anda mungkin suka dan berminat dengan reka bentuk pakaian mereka, tetapi mungkin mereka mempunyai pengalaman mengerikan semasa menempah dan membelinya. Maka, anda perlulah membuat penyelidikan terlebih dahulu dengan teliti mengenai pengalaman-pengalaman pelanggan butik tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan muktamad.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s