Panduan Memilih Pakaian Pengantin Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

panduan_memilih_pakaian_pengantin_yang_sesuai_dengan_warna_kulit

Pemilihan pakaian pengantin amat penting bagi bakal pengantin terutamanya dari segi warna, saiz dan jenis reka bentuk pakaian tersebut. Selain daripada saiz dan reka bentuk pakaian, pemilihan warna baju pengantin juga merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh setiap pengantin. Hal ini adalah kerana untuk memastikan pengantin nampak lebih berseri, menyerlah, dan tidak tenggelam dengan pilihan warna baju yang tidak bersesuaian dengan warna kulit. Bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan pilihan warna yang sesuai, di sini kami menyediakan beberapa panduan yang mungkin dapat membantu anda untuk mencari pakaian pengantin yang sesuai dengan warna kulit anda.

Tona Kulit Gelap

Bagi pengantin yang mempunyai tona gelap, mereka seharusnya memilih warna baju yang kontras dengan warna kulit agar memberi kesan yang lebih cerah dan lebih menyerlah seperti putih ataupun pink.

Tona Kulit Sederhana

Bagi pengantin yang memiliki tona kulit yang sederhana, anda dinasihatkan supaya elakkan memilih warna karamel, oren, kuning cair, coklat serta warna yang sama dengan tona kulit kerana ini akan membuatkan wajah anda nampak kurang berseri. Warna yang cerah dan pastel akan membuatkan wajah kelihatan kusam. Oleh itu, anda disarankan memilih warna yang terang supaya ia dapat menaikkan lagi seri di wajah anda seperti warna hijau zamrud, pink cerah, ungu gelap ataupun pink gelap.

Tona Kulit Cerah

Bagi mereka yang berkulit cerah, elakkan memilih baju pengantin berwarna pastel seperti pink lembut dan biru muda kerana warna ini akan menampakkan wajah yang lebih pucat dan tidak berseri. Pemilihan warna seperti hijau zamrud, hijau daun, pink coklat, merah pekat atau warna strawberry,ungu pekat ataupun biru kehijauan akan menaikkan lagi seri wajah anda.

 

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s