10 Cara Penjagaan Muka Sebelum Persandingan

10_cara_penjagaan_muka_sebelum_persandingan

Untuk entri kali ini, kami ingin mengkongsikan beberapa cara penjagaan wajah agar wajah kelihatan lebih berseri di hari pernikahan. Para pengantin yang sedang menghitung hari perkahwinan pastinya sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk hari yang bahagia. Tetapi jangan biarkan kesibukkan itu menghalang anda untuk mencantikkan wajah dan memanjakan wajah anda. Hal ini boleh menyebabkan wajah akan kelihatan kusam dan tiada seri pada hari persandingan. Oleh itu, jom ikuti cara-cara penjagaan muka di bawah.

Menggunakan Air Rebusan Daun Sireh Untuk Mencuci Wajah

Sebulan sebelum hari persandingan, cucilah muka anda dengan menggunakan air rebusan daun sireh pada setiap hari. Ianya sesuai untuk menghilangkan parut jerawat, jeragat dan untuk mencerahkan wajah agar kelihatan lebih berseri.

Minum Air Putih 8 Gelas atau 2 liter Sehari

Pelbagai khasiat yang boleh kita perolehi apabila minum air putih. Dengan adanya kandungan air yang cukup dalam tubuh badan, ianya dapat mengekalkan keserian muka agar nampak sentiasa berseri-seri. Biasakan diri anda minum segelas air kosong(suam) selepas bangun tidur sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Perbuatan ini mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah kelihatan lebih segar dan berseri. Amalkan pada setiap hari dan anda pasti dapat melihat perubahan pada wajah anda.

Melicinkan Kulit Dengan Buah Tomato

Potong buah tomato menjadi separuh dan hiris nipis-nipis buah tomato tersebut. Kemudian, tepekkan pada muka dan biarkan ianya kering selama 20 minit. Selepas itu, bilas muka dengan air sejuk. Amalkan 2/3 kali seminggu, inshaAllah wajah anda akan kelihatan lebih licin dan kemerah-merahan.

Menggunakan Timun Sebagai Eyemask

Hiriskan timun, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Tekapkan hirisan timun di mata anda selama 30 minit. Kemudian, basuh muka dengan air. Cara ini dapat menghilangkan mata rasa lesu dan letih akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan lebam di bawah mata.

Melembabkan Kulit Dengan Air Kelapa

Pelbagai manfaat yang kita boleh peroleh daripada air kelapa dan salah satunya adalah untuk melembapkan wajah, mengatasi masalah berminyak dan dapat memutihkan muka. Ambil air kelapa dari buah kelapa tua dan usapkan ke muka. Ulangi proses ini beberapa kali dan akhir sekali bilas muka dengan air.

Urut Muka Pada Setiap Pagi

Selepas bangun dari tidur di waktu pagi, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari dagu sehingga ke dahi disertakan dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Jangan rautkan dari atas ke bawah kerana ia akan menyebabkan wajah cepat kedut. Selepas itu, anda boleh membasuh muka dengan air yang sejuk beserta selawat. Amalkan setiap hari dan wajah anda pasti akan lebih berseri.

Untuk Menjadikan Bibir Merah

Sapukan sedikit mentega ataupun majerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan pada setiap hari dan anda pasti teruja dengan perubahan yang berlaku. Anda juga boleh menggantikannya dengan madu untuk disapu pada bibir.

Menggunakan Lobak Sebagai Masker Muka

Lobak kaya dengan vitamin E. Ia dapat menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Cara-cara untuk menjadikan lobak sebagai masker ialah parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air.

Melebatkan Bulu Mata Menggunakan Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat antaranya ialah melebatkan bulu mata. Cara-caranya adalah dengan mencelupkan putik kapas pada minyak zaitun dan oleskannya pada bulu mata sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci pada keesokkan harinya menggunakan air.

Menghilangkan Parut Di Muka

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air dan bancuh dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapukan di bahagian yang berparut. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s