DIY Hiasan Dinding Menggunakan Sudu Plastik

diy_hiasan_dinding_menggunakan_sudu_plastik

Anda ada banyak lebihan sudu plastik? Ingin kitar semula sudu tersebut tetapi tidak tahu caranya? Di sini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk anda kitar semula sudu plastik tersebut dan jadikannya hiasan yang cantik. Pasangan pengantin boleh menggunakan idea hiasan ini untuk menghias pelamin kahwin. Hiasan ini boleh digantung sebagai hiasan tambahan di pelamin anda. Bahan untuk membuat hiasan ini juga senang untuk didapati di samping harga bahan yang digunakan lebih murah.

Bahan-bahan :

  • Sudu plastik
  • Pensel
  • Hot glue gun
  • Gunting
  • Spray warna
  • Pisau
  • Kotak

Cara-cara :

  1. Potong kotak mengikut bentuk yang anda mahukan sama ada bentuk segi empatĀ atau bulat.
  2. Lukiskan bentuk bulat di tengah-tengah kotak yang telah dipotong tadi.
  3. Kemudian, gunting atau patahkan batang sudu plastik mengikut jumlah yang anda perlukan
  4. Seterusnya, lekatkan sudu plastik di atas kotak dengan menggunakan hot glue gun. Susun sudu plastik mengikut kreativiti sendiri. Pastikan anda tidak menutup bulatan yang telah dilukis tadi. Anda boleh merujuk Rajah 1 dibawah.
  5. Selepas itu, warnakan sudu plastik tadi dengan menggunakan spray warna. Pastikan gam telah kering sebelum anda mewarnakan sudu tersebut.
  6. Akhir sekali, keringkan sudu yang telah diwarna dan hiasan anda telah siap untuk digantung. Anda boleh meletakkan jam atau cermin di dalam bulatan yang dilukis tadi untuk menjadikannya lebih cantik.

diy-hiasan-dinding-menggunakan-sudu-plastik-1Rajah 1

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s