Panduan Memilih Kasut Kahwin

panduan_memilih_kasut_kahwin

Kasut kahwin merupakan salah satu tugas penting yang perlu diselesaikan oleh pengantin sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin perlu pandai memilih kasut yang bersesuaian dengan konsep perkahwinan yang dirancang. Dengan adanya kasut kahwin yang sesuai, pengantin akan berasa lebih selesa semasa majlis berlangsung. Oleh itu, untuk entri kali ini kami ingin kongsikan beberapa panduan untuk mencari kasut yang sesuai untuk bakal pengantin.

Pilih yang selesa

Pastikan anda memilih kasut yang selesa untuk majlis anda. Anda boleh selesa tanpa mengorbankan gaya anda. Apabila anda memilih kasut anda, anda perlulah mencari padding yang tebal untuk menghilangkan kebas, atau memilih kasut dari buatan bahan-bahan semula jadi yang membolehkan ‘breathability’.

Jangan beli saat-saat akhir

Anda perlu manghantar lebih awal kepada pakar kasut kerana beberapa kasut ‘handmade’ mungkin perlukan banyak masa untuk menyiapkannya. Ini bermakna anda akan mendapat kasut lebih awal dan dapat menjimatkan banyak penderitaan untuk menunggu kasut impian anda. Seelok-eloknya, elakkan membeli atau menempah kasut pada saat-saat akhir untuk mengelakkan anda berasa kecewa sekiranya kasut anda tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan. Selain itu, kasut juga sangat penting untuk anda suai padankan dengan pakaian perkahwinan anda.

Nilai sentimental VS Nilai praktikal

Ini adalah penting untuk anda memutuskan jika anda sedang mencari kasut untuk nilai yang sentimental atau praktikal. Jika anda mahu sesuatu yang nilai sentimental, anda perlu memberi tumpuan carian anda pada kasut pengantin yang boleh disimpan lama supaya ia dapat diturunkan untuk pusaka. Jika anda adalah seorang yang suka kepada nilai praktikal, anda perlulah melabur kasut yang boleh dipakai gaya harian supaya anda boleh memakainya lagi selepas hari perkahwinan.

Melengkapkan gaya anda

Pakaian anda mewakili perasaan dan gaya anda. Kebiasaannya, bakal pengantin meletakkan banyak usaha untuk mencari pakaian pengantin yang sesuai atau paling cantik untuk perkahwinannya. Oleh itu, pilihlah tema pakaian yang anda rasa paling menarik. Anda boleh memilih tema unsur elegan atau klasik. Jika anda memilih tema unsur klasik maka pilihlah unsur-unsur yang sama dalam kasut perkahwinan anda untuk melengkapkan pakaian anda dan gaya anda.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s