DIY Doorgift Bag

diy_doorgift_bag

Pada masa kini, pemberian doorgift menjadi satu trend untuk majlis perkahwinan. Pelbagai jenis doorgift diberikan kepada tetamu seperti cawan, mangkuk kaca, botol yang mengandungi kekacang dan macam-macam lagi mengikut kreativiti pengantin. Kebiasaannya, pemberian doorgift diberikan bersama dengan beg di mana beg untuk doorgift mungkin akan menjejaskan bajet anda. Oleh itu, untuk entri kali ini, kami ingin membantu anda mengurangkan kos untuk majlis perkahwinan dengan cara anda membuat sendiri beg cenderahati untuk diberi kepada para tetamu yang hadir. Kos membuat beg cenderahati ini lebih murah berbanding beli yang dah siap. Di sini kami ingin berkongsi cara-cara untuk membuat beg cenderahati menggunakan brown paper beg. Mungkin bagi anda brown paper beg merupakan benda yang agak simple tetapi jika anda menghiasnya dengan baik, beg tersebut akan menjadi cantik.

Bahan-bahan:

  • Brown Paper Beg (kuantiti bergantung kepada anggaran tetamu)
  • Penebuk Lubang
  • Kertas Doily Warna Putih
  • Gam
  • Riben / tali

Langkah-langkah :

  1. Masukkan barang-barang seperti gula-gula, coklat ke dalam beg.
  2. Kemudian, lipat bahagian atas beg sebanyak 5 cm.
  3. Ambil kertas doily dan lipat kertas doily menjadi dua.
  4. Lekatkan kertas doily pada bahagian atas brown paper beg dengan menggunakan gam.
  5. Selepas itu, tebung lubang pada brown paper beg di bahagian atas dengan menggunakan penebuk lubang.
  6. Akhir sekali, ikatkan riben ataupun tali ke dalam lubang yang telah ditebuk.
Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s