Panduan Memilih Mak Andam Perkahwinan yang Sesuai dengan Anda

panduan_memilih_mak_andam_perkahwinan_yang_sesuai_dengan_anda

Hari perkahwinan merupakan hari bahagia buat pasangan pengantin dan hari yang paling dinanti-nantikan tidak kira bagi pengantin ataupun keluarga pengantin. Setiap persiapan dilakukan dengan penuh teliti termasuklah pemilihan mak andam. Pemilihan mak andam untuk hari perkahwinan amatlah penting agar solekan itu sesuai untuk wajah dan akan menampakan wajah anda lebih cantik berseri. Solekan yang tidak sesuai akan memberikan hasil yang tidak memberangsangkan pada wajah dan boleh merosakkan mood pengantin. Oleh itu, kami ingin mengkongsikan beberapa tips atau panduan untuk memilih mak andam perkahwinan.

Membuat survey butik yang menawarkan perkhidmatan solekan

Anda boleh senaraikan beberapa butik pengantin yang anda berkenan, kemudian anda bolehlah berkunjung ke butik tersebut untuk melihat hasil solekan yang telah dilakukan oleh mak andam. Anda juga dinasihatkan untuk membandingkan harga mak andam di setiap butik yang anda senaraikan untuk mendapatkan harga yang terbaik. Hal ini boleh membantu anda mengawal bajet perkahwinan anda.

Mencuba solekan daripada mak andam

Anda dinasihatkan untuk mencuba solekan sebelum majlis sebenar berlangsung. Ini untuk memastikan dan mengetahui jenis atau cara solekan yang sesuai untuk wajah anda supaya anda akan tampil berseri-seri sewaktu majlis berlangsung.

Melakukan perbincangan dengan mak andam

Anda boleh berbincang dengan mak andam terlebih dahulu tentang perkara yang anda setuju dan tidak setuju semasa proses solekan kerana tidak semua perkara yang mak andam lakukan sesuai dengan anda. Sebagai contohnya, mak andam tersebut mungkin suka melakukan mekap yang tebal terhadap pelanggannya ataupun mak andam tersebut suka memakaikan bulu mata yang tebal untuk pelanggannya di mana anda selaku bakal pengantin tidak suka dengan cara tersebut. Proses perbincangan ini penting kerana proses ini juga secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada mak andam untuk melakukan solekan dan hasil solekan juga pasti berkualiti.

Membuat tempahan awal

Anda perlu membuat perbandingan harga agar ia bertepatan dengan budget anda. Kemudian, buatlah tempahan awal dengan mak andam yang diingini sebelum orang lain mengambil tempahan daripada mak andam tersebut.

Memastikan mak andam tidak menerima tempahan lain pada hari pernikahan

Pastikan mak andam tidak menerima tempahan lain selain daripada anda. Ini adalah untuk mengelakkan mak andam terkejar-kejar melakukan solekan terhadap anda kerana setiap solekan memerlukan perhatian yang teliti untuk menghasilkan solekan yang terbaik. Jika mak andam tergesa-gesa, hasil solekan pada wajah anda akan menjadi tidak berapa teliti dan kurang memuaskan.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s