Adab Untuk Menempah Atau Membeli Baju Pengantin

adab_untuk_menempah_atau_membeli_baju_pengantin

Seperti yang anda ketahui, anda perlu mempunyai senarai atau mempunyai tempat-tempat tertentu yang anda ingin pergi untuk mencari atau menempah baju pengantin. Hal ini untuk mengelakkan anda membuang masa untuk mencari butik pengantin. Tetapi bagaimana pula dengan apa yang anda perlu lakukan selepas anda mempunyai target butik yang anda ingin pergi? Di sini kami kongsikan beberapa perkara penting tentang adab untuk membeli atau menempah pakaian di mana setiap pengantin perlu tahu.

Pakai solekan yang nipis

Anda dinasihatkan untuk memakai solekan yang nipis terutamanya lipstick agar pakaian itu bebas dari kotoran dan terjamin masih cantik untuk bakal pengantin yang akan datang. Hal ini kerana pakaian pengantin di butik pengantin kebiasaanya hanya mempunyai satu sampel setiap satu, jadi mereka tidak dapat mencuci dengan cepat jika ada apa-apa kotoran yang melekat pada pakaian pengantin itu.

Peka tentang masa

Anda mesti biasa melihat di TV di mana pengantin perempuan mempunyai masa yang lama untuk mencuba berpuluh-puluh pakaian pengantin dirak, tetapi pada hakikatnya anda hanya ada beberapa jam sahaja untuk memilih pakaian pengantin. Walaupun anda mungkin dapat meluangkan masa yang lama, tetapi anda perlu ingat bahawa terdapat pengantin yang lain di dalam bilik menunggu, dan setiap butik mempunyai jadual yang perlu diikutinya. Jika anda fikir anda perlu lebih banyak masa untuk memikirkannya, maka anda perlulah membuat temujanji kali kedua dan kembali untuk mencuba pakaian pilihan anda.

Buat temujanji

Kebanyakkan butik kecil, mempunyai bilangan bilik persalinan yang terhad dan kebiasaannya telah ditempah oleh bakal pengantin. Oleh itu, ia perlukan anda untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum pergi ke butik. Selain itu, anda juga harus menghormati peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh butik semasa anda dengan rombongan berada di butik kegemaran anda.

Hormati bakal pengantin yang lain

Anda dinasihatkan untuk tidak mengganggu pengalaman orang lain kerana anda mesti ingat bahawa bukan anda sahaja yang akan menempah atau membeli baju pengantin pada majlis perkahwinan anda. Ini adalah penting terutamanya apabila anda tidak suka baju pengantin yang anda cuba atau pakai ketika itu, anda harus jujur dengan perunding anda bukan dengan merosakkan pakaian itu. Ini kerana, baju tersebut mungkin menjadi pakaian impian gadis yang lain.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s