DIY Chandelier Menggunakan Bunga

diy_chandelier_menggunakan_bunga

Anda berminat dengan hiasan menggunakan chandelier tetapi takut kos kahwin anda melebihi bajet yang telah ditetapkan? Jangan risau..kami ada satu penyelesaian untuk masalah anda iaitu DIY chandelier menggunakan bunga. Mungkin DIY chandelier ini tidak sama dengan chandelier yang anda selalu tengok tetapi apa salahnya kalau anda melakukan sedikit kelainan dengan chandelier anda yang mungkin lebih cantik dari yang sedia ada. Jika DIY chandelier ini adalah pilihan untuk perkahwinan anda, ia pasti akan menjanjikan kecantikkan di siling dan juga membantu ruang kelihatan lebih besar dan lebih cantik. Oleh itu, jom belajar bagaimana untuk membuat dengan sendiri chandelier menggunakan bunga ini.

Bahan-bahan: 

  • Tapak dawai chandelier.
  • Tali.
  • Bunga plastik.
  • Gunting bunga.
  • Tape bunga.

Langkah-langkah:

  1. Mula-mula, gunting dan asingkan daun dan bunga plastik. Daun yang diasingkan tadi  akan dijadikan sebagai asas kepada bunga chandelier ini.
  2. Kemudian, letakkan daun-daun anda disekeliling tapak dawai chandelier sehingga penuh dengan menggunakan tape bunga.
  3. Anda juga boleh menambah beberapa ‘heather bush’ untuk mewujudkan hiasan tergantung.
  4. Seterusnya, tambahkan hiasan bunga plastik dengan menggunakan tape bunga. Anda juga boleh menambah jaluran kristal untuk menampakkan lagi seri bunga chandelier anda.
  5. Selepas selesai hiasan daun dan bunga plastik, anda perlu gantungkan bunga chandelier anda dengan menggunakan tali dalam bentuk segi tiga supaya bunga chandelier anda di gantung dengan rata.
Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s