Resepi Teh Detox

resepi_teh_detox

Seperti yang kita ketahui, teh mempunyai beberapa ciri detoxing semula jadi. Tetapi dengan membuat sendiri teh detox itu adalah perkara yang lebih baik kerana kita akan tahu bahan-bahan yang dgunakan dalam teh tersebut. Tambahan pula, cara-cara untuk membuat teh detox juga amat mudah. Di sini kami kongsikan empat resepi sihat, resepi teh detoxing semula jadi dimana anda boleh membuatnya dengan mesin pengisar anda sendiri. Diharapkan beberapa resepi teh detox ini dapat membantu anda.

Green teh detox

Tidak hairanlah mengapa perubatan cina telah memilih untuk menggunakan teh hijau selama beribu-ribu tahun lamanya kerana teh hijau juga mempunyai beberapa manfaat lain selain daripada kegunaannya sebagai detox badan. Antaranya ialah teh hijau ini boleh membantu merendahkan tekanan tinggi untuk mencegah kanser. Apa yang anda perlukan untuk campuran ini adalah teh hijau, buah lemon, timun, buah strawberi dan madu. Cara untuk membuatnya ialah anda hanya perlu campurkan 1 uncang teh hijau, 1 keping lemon, 2 biji strawberi, 2 keping timun dan 1 sudu teh madu.

Tembikai/ timun atau limau nipis/lemon teh detox

Teh detox adalah bertujuan untuk membersihkan sistem peredaran darah dan penghadaman tubuh. Oleh itu, ia masuk akal bahawa dengan membuat teh detox semula jadi akan menjadi kesan yang terbaik. Maka, cara-cara untuk membuatnya adalah anda campurkan 1-2 liter air, 1 biji limau nipis atau 1 biji lemon, tembikai atau timun, segenggam daun pudina segar (anggaran 10-13) dan ketulan ais.

Epal cider cuka teh detox

Ramai yang menggunakan epal cider cuka sebagai alternatif semula jadi untuk kecantikkan muka. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk bantuan sembelit atau kulit gatal. Untuk membuat minuman ini, anda perlukan air masak, epal cider cuka , madu, serbuk kayu manis dan jus lemon. Cara untuk membuatnya, anda perlu campurkan 1.5 liter air masak, 4 sudu besar apple cider cuka, 4 sudu besar madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 4 sudu besar jus lemon. Kemudian, simpankan semalaman di dalam peti sejuk.

Teh halia detox

Teh halia ini dapat membantu terutamanya untuk pencernaan. Ia juga boleh mempercepatkan penyingkiran toksin dalam usus anda dan memperbaiki peredaran secara keseluruhan. Selain itu, halia tinggi dengan vitamin C, di mana ia juga dapat melawan kesan penuaan. Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat minuman ini adalah halia mentah, air masak dan 1 biji lemon. Cara untuk membuatnya, anda perlu campurkan halia dengan air masak dalam periuk, biar seketika sehingga mendidih dan kemudian campurkan dengan satu biji lemon.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s