Guestbook DIY

guestbook_diy

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia dan hari yang pasangan pengantin ingin ingati. Pelbagai cara telah digunakan oleh pasangan pengantin untuk mengingati hari tersebut sebagai contohnya dengan menggunakan guest book. Guest book merupakan salah satu cara untuk pasangan pengantin memperoleh ucapan tahniah daripada para tetamu yang hadir. Dengan menggunakan guest book, pasangan pengantin dapat menyimpan dan membaca ucapan pada bila-bila masa di samping dapat mengimbau kembali kenangan semasa majlis perkahwinan. Oleh itu, kami ingin kongsikan cara-cara untuk anda membuat sendiri guest book mengikut kreativiti anda dengan bajet yang berpatutan.

Bahan-bahan :

  • Buku kosong atau album
  • Gunting
  • Pen warna
  • Gam
  • Kertas warna

Langkah-langkah :

  1. Mula-mula, ambil kertas warna mengikut warna kesukaan anda dan lipat kertas tersebut sehingga membentuk sampul surat mini. Jika anda kesuntukkan masa, anda boleh membeli sampul surat mini tanpa perlu membuatnya. Anda boleh rujuk saiz sampul surat mini seperti gambar di bawah.
  2. Kemudian, tampal sampul surat mini di dalam buku kosong atau album yang anda ingin jadikan sebagai guest book. Susunan sampul surat bergantung kepada kreativiti anda.
  3. Seterusnya, gunting kertas warna mengikut kreativiti anda sama ada dalam bentuk segi empat, bentuk hati, bulat dan sebagainya. Pastikan kertas yang digunting muat untuk dimasukkan ke dalam sampul surat mini. Kertas ini akan dijadikan tempat untuk tetamu menulis apa yang mereka ingin ucapkan.
  4. Akhir sekali, sediakan pen warna dan guest book anda siap untuk diberi kepada tetamu untuk diisi.

mini-envelope-diy

Contoh saiz sampul surat mini

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s