Panduan Memilih Cincin Kahwin

panduan_memilih_cincin_kahwin

Pemilihan cincin kahwin merupakan tugasan yang penting untuk pasangan pengantin. Kebiasaannya cincin kahwin akan dibeli lebih awal berbanding persiapan kahwin yang lain terutamanya bagi pengantin yang menempah khas cincin kahwin mereka.Cincin kahwin juga membawa 1001 makna dalam sesebuah perkahwinan. Hal ini kerana cincin kahwin diibaratkan sebagai tanda kenangan untuk pengantin yang akan hidup bersama sehingga akhir hayat. Oleh itu, pemilihan cincin kahwin tidak boleh di pandang ringan oleh pasangan pengantin. Di sini kami kongsikan beberapa panduan yang boleh diikuti oleh bakal pengantin untuk memilih cincin kahwin.

Jenis cincin

Pengantin perlu mengenalpasti jenis cincin yang disukai pasangan. Bagi pengantin perempuan, anda boleh memilih sama ada anda inginkan cincin emas putih atau cincin tradisional emas kuning. Mengikut trend masa kini, kebanyakkan pengantin memilih cincin emas putih untuk tampak ringkas dan elegan namun cincin tradisional emas kuning masih lagi menjadi permintaan bagi bakal pengantin.

Bentuk cincin

Pastikan bentuk cincin yang dipilih menepati citarasa  dan mengikut kehendak satu sama lain. Kalau boleh, pilihlah bentuk yang sepadan atau seakan sama dengan pasangan anda seperti mana secocoknya anda berdua.

Saiz cincin

Selain baju pengantin, anda juga perlu mengukur saiz cincin mengikut jari anda. Pastikan cincin kahwin anda terletak kemas di jari manis. Elakkan mencuba cincin pada waktu pagi kerana jari anda sedang mengembang pada waktu tersebut.

Harga cincin

Pastikan anda membeli cincin mengikut bajet dan kemampuan anda. Anda perlulah rajin melakukan survey di kedai-kedai emas untuk mendapatkan harga yang terbaik dan memuaskan kerana harga yang ditawarkan di setiap kedai adalah berlainan. Sekiranya anda survey dahulu sebelum membeli cincin kahwin, anda pasti dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan baik.

Batu permata

Cincin berlian cukup sinonim untuk perkahwinan. Namun begitu, anda masih boleh memilih cincin berbatu sekiranya anda lebih berminat dengan cincin berbatu berbanding cincin berlian. Hal ini kerana setiap orang mempunyai bajet dan citarasa yang tersendiri. Anda boleh memilih batu permata yang menarik perhatian anda seperti kristal, batu zamrud, delima, firuz dan sebagainya.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s