Kesalahan yang Dilakukan Pengantin Pada Pakaian Perkahwinan Selepas Majlis

kesalahan_yang_dilakukan_pengantin_pada_pakaian_perkahwinan_selepas_majlis

Kebiasaannya pengantin akan terlupa dengan baju pengantin disebabkan oleh kemeriahan dan keletihan melayan tetamu pada majlis perkahwinan. Pengantin juga mugkin terlupa akan baju pengantin kerana mereka fikir mereka tidak akan memakainya lagi. Tetapi jika anda mempunyai perancangan untuk menyimpan baju pengantin untuk adik perempuan atau anak perempuan anda satu hari nanti atau untuk membuat duit dengan menjual kepada bakal pengantin yang lain, anda perlu mengambil tindakan yang cepat dan bijak. Oleh itu, jom ketahui kesalahan-kesalahan yang selalu pengantin lakukan pada baju perkahwinan selepas majlis perkahwinan.

Berfikir anda boleh membersihkannya sendiri

Pengantin sering cuba untuk menggunakan soda untuk membuang kotoran, walaubagaimanapun ia tidak akan menjadi kepada kain sutera yang mempunyai bintik-bintik minyak atau kesan gincu. Selain itu, anda juga perlu berhati-hati untuk fabrik yang sensitif air seperti kain sutera dan rayon. Lebih teruk lagi, jika anda menggosok terlalu kasar kepada baju pengantin satin.

Menyangkut seperti baju biasa anda

Anda dinasihatkan jangan sekali-kali menggantung pakaian anda kepada penyangkut, kerana kain terutama kain berenda boleh meregangan bentuk kain anda dan menjadikan pakaian anda tidak cantik lagi. Selain itu, dengan mengantung pakaian anda di almari ia akan membenarkan lebih banyak cahaya terkena kepada baju jika anda membukanya.

Berlengah-lengah untuk membersih Baju Pengantin

Pembersihan dan memelihara baju pengantin dengan betul bukanlah menjadi keutamaan apabila anda kembali kepada kehidupan sebenar. Tetapi dengan adanya sikap anda yang suka berlengah-lengah untuk membersihkan kotoran, ia akan menyusahkan bakal pengantin yang ingin memakainya pada masa akan datang. Dimana peluh badan boleh menyebabkan lapisan baju menjadi rapuh, manakala makanan dan bekas solekan yang ketara kesannya boleh menjadi kekal jika dibiarkan terlalu lama. Maka, perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah dengan membersih baju sekurang-kurangnya tidak melebihi dari tempoh sebulan.

Menyimpan di dalam beg plastik

Tahukah anda pakaian perkahwinan yang disimpan dalam beg plastik pakaian akan mudah terdedah kepada persekitaran dan yang paling berbahaya jika baju anda berkuap didalam plastik. Ini kerana, ia boleh menyebabkan kuning dari semasa ke semasa. Maka, anda dinasihatkan agar menyimpan pakaian anda di dalam bekas yang bebas dari asid dan melindungi daripada cahaya dan udara contohnya simpan di dalam kotak khas untuk baju pengantin anda.

Advertisements

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s