Cara Perkahwinan Pada Tahun 80an & 90an

majlis kahwin
Majlis Berarak

Perkahwinan pada zaman sekarang nampak kelihatan mewah, ada juga gaya hipster dan ada juga dengan gaya simple diketengahkan dalam majlis raja sehari ini. Tetapi, pada zaman mak ayah kita dahulu, ia nampak sangat berbeza berbanding zaman sekarang. Jika anda dapat merasa di zaman 80an & 90an, pasti ia dapat mengembalikan kenangan silam di majlis perkahwinan dahulu.

Pada tahun 80an & 90an, majlis raja sehari ini dilakukan secara gotong royong ataupun “rewang”. Kos mungkin menjimatkan pada ketika itu kerana tiada melibatkan katering dan penempahan hotel atau dewan untuk majlis tersebut. Dalam Majlis rewang ini, ia akan dibantu oleh seluruh orang kampung bagi menjayakan majlis ini. Menarik bukan? Jom kita lihat bagaimana persiapan majlis ini dengan dibantu oleh orang rewang ini :

PelaminĀ 

kerusi kahwin
Kerusi Kahwin

Pelamin merupakan benda wajib di setiap majlis perkahwinan tetapi pada era 80an & 90an, cukup sekadar kerusi 2 biji untuk dijadikan pelamin mereka. Simple dan murah. Jika nak hebat sedikit, mereka akan letak hiasan kilat-kilat dan pelamin ala-ala kerang gitu.

Bunga Telur

Telur Bungkus
Telur Rebus Dibungkus Dengan Tisu

Bunga telur ini akan diberi kepada para tetamu yang hadir ke majlis itu. Pada zaman ini, cara pembungkusan mereka sangat unik. Mereka hanya menggunakan tisu sebagai pembalut telur tersebut. Jika berkemampuan, kotak telur mereka sediakan. Lagi satu yang menariknya, bunga telur yang dicucuk ini bukan di atas gabus tetapi di pulut kuning. Jika bunga telur tersebut sudah abis diberi kepada tetamu, pulut kuning tersebut akanĀ dimakan beramai-ramai terutamanya orang rewang.

Makan Hidang

dulang.jpg
Dulang Untuk Hidang Makanan

Makan hidang ini cukup unik. Orang rewang akan menyediakan dulang untuk penyediakan makanan kepada tetamu. Dalam dulang tersebut, cukup segala lauk dan nasi untuk dimakan bersama-sama. Satu dulang boleh dimakan 4 orang sahaja. Di sini, ia boleh mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung. Jika majlis tersebut ramai dan tiada tempat duduk, duduk dilantai sambil bersila antara pilihan terbaik.

Seni Silat

silat
Seni Silat Di Hadapan Pengantin

Seni silat dihadapan pengantin adalah perkara wajib dilakukan sejak duhulu sehingga sekarang. Ia merupakan warisan Melayu turun temurun yang tidak boleh dilupakan.

Inilah cara perkahwinan pada era 80an & 90an yang sedikit banyak boleh mengingatkan memori silap semasa majlis perkahwinan. Walaupun tidak banyak berubah, ia sedikit-sedikit akan ditelan zaman satu hari nanti.