Buat Kad Kahwin Sendiri

buat_kad_kahwin_sendiri

Pada masa kini, bakal pengantin sering terbeban dengan kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan yang kian bertambah pada setiap tahun. Para pengantin seharusnya berjimat dan menggunakan wang yang ada dengan sebaik-baiknya untuk kehidupan lepas kahwin yang lagi mencabar. Para pengantin juga perlu bijak mengira bajet agar tidak mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk majlis perkahwinan sahaja.  Anda boleh melakukan pelbagai cara untuk berjimat sebagai contohnya dengan menghasilkan kad kahwin anda sendiri. Di sini kami ada kongsikan bagaimana membuat kad kahwin sendiri dengan menggunakan kertas kraf.

Bahan-bahan :

  • Kertas Doily Warna Putih
  • Kertas Kraf 175gsm saiz A4
  • Tali Guni

Kertas Doily                                                             Tali Guni

 

Langkah-langkah :

  1. Lukiskan peta kawasan rumah anda dengan menggunakan adobe photoshop ataupun photoscape. Jika anda tiada software ini atau tidak reti untuk menggunakannya, anda juga boleh menggunakan microsoft word sahaja.
  2. Kemudian, anda boleh menggunakan microsoft word untuk menulis maklumat di atas kad kahwin.
  3. Setelah anda siap melukis dan menulis maklumat, anda boleh print untuk melihat hasil lakaran anda. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan hasil tersebut, anda boleh print untuk kad seterusnya ataupun fotostat  sahaja.
  4. Selepas kad anda telah siap di print atau fotostat, anda boleh mula untuk menghias kad tersebut. Anda boleh menggunakan kertas doily untuk menutup kad anda dan kemudian ikatkan kad dengan tali guni dengan kemas.

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a comment