Tips untuk Memilih Pakaian Bridesmaid

tips_untuk_memilih_pakaian_bridesmaid

Sudah menjadi satu trend dalam kalangan pengantin untuk mempunyai bridesmaid ketika majlis perkahwinan terutamanya pengantin perempuan. Bridesmaid bukan sahaja boleh menambah sedikit gaya dalam perkahwinan, tetapi dengan memilih pakaian yang berbeza juga dapat mewarnai majlis perkahwinan anda. Tetapi mix and match pakaian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana anda perlu memilih warna dan fabrik yang sesuai dengan majlis anda dan anda perlu memastikan semua bridesmaid anda setuju dengan idea yang dicadangkan. Oleh itu, untuk entri kali ini, kami ingin kongsikan tips untuk memilih pakaian bridesmaid anda.

Peraturan warna

Bukan senang untuk anda mix and match baju bridesmaid, ini kerana bukan semua warna sesuai untuk digabungkan. Anda perlulah rajin mencari artikel mengenai kaedah-kaedah untuk mengabungkan warna. Anda boleh mencarinya di artikel Tips Gabungan Warna Perkahwinan. Untuk menggabungkan warna, anda dinasihatkan menggabungkan maksimum tiga warna.

Mempunyai contoh

Anda mungkin ingin memudahkan kerja anda dengan membiarkan bridesmaid anda membuat sendiri keputusan mengenai pakaian yang akan dipakai oleh mereka sewaktu majlis perkahwinan tetapi bridesmaid anda akan lebih menghargai sekiranya anda sendiri yang menetapkan warna untuk mereka. Oleh itu,  anda perlulah membuat plan warna dan tekstur yang anda suka, dan tunjukkan kepada mereka seluruh inspirasi perkahwinan anda, supaya mereka mempunyai idea tentang rupa yang anda inginkan.

Tiada warna yang ketara

Tiada warna yang ketara beza dalam kalangan bridesmaid. Melainkan anda memilih warna putih atau hitam. Kemungkinan jika anda meminta lima pakaian hijau, mungkin akan ada salah seorang dalam kalangan mereka yang menonjol sebagai warna yang salah, ini kerana setiap warna mempunyai pelbagai warnanya yang tersendiri. Oleh itu, ianya lebih baik sekiranya anda sendiri yang memilih warnanya supaya semua warna pakaian bridesmaid anda sama. Sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa untuk memilih warna dan gaya untuk bridesmaid anda, anda dan bridesmaid boleh memilihnya daripada pelbagai jenama yang menawarkan banyak gaya dalam warna yang sama.

Mempunyai komunikasi

Memilih pakaian bridesmaid benar-benar akan cantik dan menyeronokkan jika bridesmaid anda bersedia untuk membeli-belah bersama. Tetapi katakanlah anda mempunyai enam bridesmaid yang tinggal jauh dari anda dan anda meminta mereka mendapatkan pakaian yang sama warna seperti pink, hijau muda, ungu atau biru muda. Maka, untuk menjadikan ia sama dan mudah, anda hanya pastikan mereka berhubung antara satu sama lain. Anda boleh membuat group whatsapp atau telegram untuk memudahkan anda dan bridesmaid anda berhubung.

 

 

Author:

Online shopping for wedding ceremony. Baju pengantin, pelamin kahwin dll. Mudah, cepat dan berkualiti. Layari website kami untuk membeli/menyewa beratus-ratus pilihan

Leave a comment